
johason
5 tahun
Penyakit berak berdarah
saya lelaki berumur 20 tahun mengalami berak berdarah sejak 3 hari yang lalu. Hal ini kerana saya kerap ke tandas 3 hari berturut. Hari ketiga saya mengalami cirit birit di mana cirit birit juga mengalami pendarahan. Darah di tidak beku & najis normal dan tidak berwarna hitam. Saya tidak mempunyai buasir & sembelit. Saya menjadi takut & risau dengan keadaan ini. Adakah saya mengalami radang usus atau gejala awal kanser usus ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah dan cirit-birit yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam usus oleh bakteria seperti salmonella, E.coli
- Penyakit radang usus
- Penyakit penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Penyakit sindrom uremia hemolisis (Hemolytic Uremic Syndrome) akibat makan daging kurang masak
- Buasir
- Ketumbuhan dalam usus - risiko lain seperti sejarah kekeluargaan yang mempunyai ketumbuhan dalam usus, hilang berat badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.