
Sulit
4 tahun
Penyakit berkaitan kuku
Saya student berumur 21 tahun. Saya ada masalah berkaitan kuku saya dimana cuticle kuku saya tiada sehingga menampakkan bahagian kuku di belah dalam. Permukaan kuku belah dalam itu jugak tidak seperti kuku biasa kerana ia agak menggerutu. Kuku saya juga agak sedikit menggelembung. Kenapa ya dr? Adakah saya perlu mendapatkan ubat atau rawatan?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah yang anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih teliti supaya kami dapat memberikan kesimpulan dalam hal ini. Sukar bagi pihak kami untuk melakukan diagnosis tanpa melihat dahulu keadaan anda. Untuk pengetahuan anda, masalah anda boleh berlaku disebabkan beberapa perkara:
- Jangkitan kuman pada kuku
- Anemia
- Masalah jantung
- Penyakit hati
- Penyakit kulit psoriasis
- Kencing manis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.