Sulit
4 tahun
Penyakit buasir luar dan dalam
Tentang sakit buasir yg saya tanya sebentar tadi .adakah penyakit buasir sering berkaitan dengan usus atau tidak ?? Jika melakukan pembedahan dan usus yg terjejas turut dibedah .adakah akan buang air secara normal seperti biasa atau bagaimana ? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit buasir adalah melibatkan bahagian hujung saluran pencernaan iaitu di rektum sehingga anus (dubur). Justeru, pembedahan perbaikan buasir hanya melibatkan bahagian tersebut tanpa mengenai usus.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.