
Sulit
5 tahun
Penyakit buasir luar
Saya nak tanya doktor .saya ada sakit buasir tahap 4 tp takut buat pembedahan .jika saya buat pembedahan buasir adakah saya akan buang najis normal separti biasa melalui dubur ?? Krn kawan2 cakap klu buat pembedahan .saya dah tak boleh buang air scara normal dan hanya bergantung kpd os kantung najis .betul ke doc .mohon penjelasan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pembedahan yang dilaksanakan sekiranya ia dikenali sebagai haemorrhoidectomy akan menyebabkan anda buang air secara normal.
kami tidak memahami apakah yang dimaksudkan dengan os kantung najis. Sekiranya anda memaksudkan os tersebut sebagai stoma usus, hal ini tidak akan berlaku melalui pembedahan yang anda bakal hadapi melainkan pakar bedah anda mengatakan bahawa usus anda juga telah terjejas dan perlu dibedah.
Walaubagaimanapun, kami memerlukan maklumat lebih lanjut tentang nama/ jenis pembedahan yang anda bakal hadapi.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.