
Anonymous
5 tahun
Penyakit Chicken Pox
Saya lelaki berumur 36 tahun. Soalan saya, Adakah pengguna Cream Retacnyl tretinoin 0.05% boleh di sapukan di kulit muka? dan ia boleh menghilang kesan2 chicken pox di muka? Terima kasih.
Untuk makluman doktor. Sy belum pulih sepenuhnya. Genap 14 hari chicken pox.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, chicken pox atau penyakit cacar ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penyakit cacar air dan penyakit cacar api.
- Penyakit cacar air atau lebih dikenali sebagai ‘chickenpox’ ini merupakan sebuah penyakit di mana individu terbabit mempunyai jangkitan virus bernama ‘varicella zoster’. Virus ini selalunya menjangkiti golongan muda seperti bayi, kanak-kanak serta remaja. Ia juga boleh menjangkiti golongan dewasa.
- Penyakit cacar yang melibatkan golongan dewasa merupakan penyakit cacar api dan ini dikenali sebagai ‘herpes zoster’ atau ‘shingles’.
Oleh itu, orang dewasa boleh menghidapi chicken pox jenis shingles. Akan tetapi, pemeriksaan kulit dan ujian perlu dilakukan untuk mengenalpasti jenis ruam anda dan adakah ia chicken pox.
Untuk makluman pihak anda, untuk mendapatkan nasihat untuk pengambilan ubat , anda amat disarankan untuk merujuknya kepada doktor. Dengan mendapatkan nasihat doktor, anda akan disarankan dengan ubat yang sesuai, kemudian pemantauan terhadap keberkesanan ubat tersebut boleh dilakukan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.