
Sulit
3 tahun
Penyakit chlymidia wanita
Hi Dr, saya nak bertanya 1.adakah chlymidia menyebabkan dubur gatal pada bahagian dalam dan sakit pada kemaluan. apakah ubat yg sesuai, sbb masih gatal pada dubur,suda bebgai ubat nmun masih tak hilang.2 adakah chlymidia menyebabkan kanser sebab kemaluan sy sakit. adakah ubat yang sesuai utk chlymidia selepas rawatan…tq

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya Chlamydia Trachomatis adalah salah satu jangkitan kelamin (STI) yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merebak melalui hubungan seksual atau hubungan oral-genital dan juga boleh merebak dari ibu ke bayinya semasa proses melahirkan.
Antara gejalanya pula termasuk:
- Keputihan atau kencing bernanah.
- Kencing yang menyakitkan.
- Sakit ari-ari pada wanita.
- Sakit semasa hubungan seksual (wanita).
- Haid tidak teratur
- Bengkak testis pada lelaki.
- Demam yang disertai sakit kepala dan sakit badan.
- Jangkitan mata, jika cecair bakteria menyentuh mata.
Justeru untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.