
florence_ppw
5 tahun
Penyakit Covid 19 berlaku di SMK Cheras Perdana
Salam sejahtera,saya ingin membuat kepastian adakah kehadiran para pelajar selamat pergi ke sekolah sedangkan adanya kes covid 19 yang melibatkan 3 orang pelajar di SMK Cheras Perdana.
Pihak sekolah dan KKM langsung tidak mengambil kira terhadap masalah yang serius ini.Tindakan yang sewajarnya juga tidak di ambil kira. Sehingga sekarang ramai ibubapa tidak membenarkan/menghantar anak ke sekolah kerana risau mereka akan dijangkiti.Jadi saya ingin mendapatkan nasihat daripada doktor mengenai kes covid 19 ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diberikan.
Kami memahami kebimbangan yang anda kerana kini kita sendang menglami wabak coronavirus.
Berdasarkan penerangan anda, terdapat 3 orang pelajar dari SMK Cheras Perdana disahkan positif Covid 19 tetapi pihak sekolah dan KKM langsung tidak mengambil kira masalah ini. Namun begitu, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak KKM yang mengesahkan kes positif COVID-19 dari sekolah ini.
Untuk makluman anda, KKM menasihatkan kepada organisasi yang telah dikesan mempunyai kes positif agar tidak perlu membuat penutupan. Memadai hanya menjalankan pembersihan dan nyahkuman/disinfeksi dengan kerap di kawasan yang selalu disentuh. Selain itu saya yakin pihak KKM sedang bergiat aktif dalam mengenal pasti kontak rapat kepada pesakit agar saringan kesihatan dapat dibuat.
Justeru nasihat saya, anda digalakkan untuk bertenang dan sentiasa mengamalkan amalan pencegahan berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia seperti berikut:
Mencuci tangan dengan sabun dan air.
Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini