Sulit
5 tahun
Penyakit endometriosis
assalamualaikum dr…sy seorg wanita berkhwin berusia 29thun…melalui simptom2 yg sy hadapi sy telah didiagnosis mempunyai skit endometriosis…namun apabila scan dilakukn rahim sy ternyata dlm keadaan msih baik.mngapa sy msih mempunyai kesukaran bt hamil ye wlaupun keadaan rahim sy elok lg? bt pgthuan dr,sy sudh mncuba selama 4thun nmun sehingga kini msih tiada tanda2 positif bt diri sy dn setiap bulan sy akn mnderita dgn gejala2 endometriosis
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, susah untuk hamil boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- ovulasi yang kurang atau tidak teratur
- masalah dalam testis (lelaki)
- masalah dengan organ-organ pembiakan: contohnya parut atau sumbatan tiub fallopi
- masalah hormon terkait kelenjar tiroid atau pituitari
- penyumbatan tiub yang membawa sperma dari testis (lelaki)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.





































