
Sulit
5 tahun
Penyakit Gatal Di Kepala mula-mulanya dan buat sekarang ini sudah merebak ke bahagian badan saya. bentuknya kemerah-merahan bulat dan gatal. Akan wujud bonjolan dan selepas itu
Saya berumur 41 tahun, mengalami penyakit ini sejak 7 bulan yang lalu. Saya sudah berjumpa dengan beberapa orang doktor dan telah menggunakan ubat sapu seperti calamine, econozine, beprosolic dan sekarang ini ubat clobetasol. sebelum ini pernah juga buat suntikan untuk kurap. Tapi, penyakit ini masih belum pulih lagi… saya risau ia makin gatal dan akan teruk seperti psoriasis.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab kepada masalah kulit gatal dan kemerah-merahan pada kulit:
- Jangkitan kulat
- Ekzema
- Dermatitis
- Urticaria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.