
Sulit
3 tahun
Penyakit Gatal Kulit
Saya wanita berusia 39thn, mengalami masalah gatal kulit yg teruk, apakah puncanya dan bagaimana untuk mencegah pnyakit tersebut, saya sudah mndapat rawatan iaitu injection utk mengurangkan gatal, tapi setelah beberapa bulan gatal2 kembali muncul dan menyebabkan kegatalan yg teruk, setiap malam asyik menggaru.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kulit kering
- Ekzema
- Alahan
- Urtikaria
- Gigitan serangga
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!