
edzrynur
4 tahun
Penyakit :Gatal pada kulit
Saya mengalami gatal gatal badan agak lama sedah 5 bulan sejak badan saya digigit pepijat… Seluruh badan saya naik bintik bintik merah… Lama kelamaan bintik itu menjadi besar dan merebak dengan banyak… Sudah mendapatkan ubat di klinik tetapi masih belarutan dan temujanji untuk jumpa pakar kulit masih menunggu giliran yang lama… Harap doctor boleh syorkan sesuatu ubatan atau rawatan…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
Gigitan serangga seperti dalam kes encik
Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
Penyakit sopak garam iaitu urticaria
Penyakit vasculitis
Penyakit autoimun seperti Systemic lupus erythematosus (SLE) dan inflammatory bowel disease (IBD)
Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Untuk mengesyorkan ubat-ubatan yang sesuai, preskripsi oleh doktor perlu diambil.
Serta untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih