
Sulit
5 tahun
Penyakit Glioblastoma Di Malaysia
Selamat Petang,
Saya Aizat dari Taiping, Perak.
Saya ingin bertanyakan berkenaan sejenis penyakit Glioblastoma.
Saudara saya di diagnos oleh Pakar Perubatan dan dikhabarkan beliau menghidap penyakit Glioblastoma. Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Princess Alexandra, Brisbane dari tahun 2014 hingga sekarang.
Beliau menyuarakan hasrat untuk pulang ke tanah air untuk mendapatkan rawatan disini.
Untuk makluman Doktor, beliau harus bergantung dengan oksigen sepanjang masa dan diberikan oksigen mini jika mahu keluar dari rumah ke suatu-suatu tempat. Doktor disana telah membekalkan ubat Acomplia sebagai ubat penahan sakit.
Soalan saya adalah seperti berikut;-
Adakah terdapat hospital kerajaan mahupun swasta yang dapat merawat penyakit Glioblastoma di Malaysia?
Jika ada, dimanakah saya boleh membawanya untuk mendapatkan rawatan?
Adakah terdapat bekalan oksigen yang boleh didapati di farmasi swasta atau hospital?
Apakah ubat penganti bagi ubat Acomplia. Saya diberitahu ubat ini telah ditarik penjualan dan tidak terdapat di negara ini?
Mohon jasa baik Doktor untuk pencerahan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai hal ini. Malangnya, saya tidak dapat untuk memberi anda jawapan yang anda kehendaki. Namun begitu, saya menggalakkan saudara anda berbincang dengan doktor di hospital Princess Alexandra tentang hasrat beliau untuk berpindah ke Malaysia. Pihak mereka mungkin boleh membantu beliau untuk mencari dan merujuk terus ke hospital yang sesuai bagi menyambung rawatan bagi masalah beliau di Malaysia.
Terdapat banyak jenis ubat tahan sakit yang digunnakan dalam perubatan. Namun begitu, untuk ubat sebagai pengganti acomplia bagi tujuan tahan sakit beliau, perkara ini juga seharusnya dibincang bersama dengan doktor yang merawatnya di sana serta doktor yang akan merawatnya di Malaysia. Kerana mereka harus banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum rawatan diberikan.
Bagi soalan anda mengenai bekalan oksigen, ianya boleh didapati di farmasi tertentu. Mengikut keadaan, kadang-kadang ianya akan dibekalkan oleh pihak hospital.
Setakat itu sahaja pencerahan yang boleh saya kemukakan. Untuk mendapatkan jawapan yang dikehendaki, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Diharap jawapan saya sedikit sebanyak dapat membantu anda. Terima kasih.