
amirulhayan19
5 tahun
Penyakit Gonorhea untuk diabetes
salam , saya lelaki , saya penghidap diabetes type 1 , baru baru ni saya ada jumpa doctor dan disahkan gonorrhea , baru tadi saya ada amik test urin untuk next appointment , doctor boleh tahu melalui test urin tersebut ? atau kena test urin lain untuk spesifik gonorrhea sahaja ? thanks doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian untuk mengenalpasti jangkitan tersebut adalah melalui ujian terhadap nanah yang dirembes daripada zakar atau air kencing yang diambil pada awal proses pembuangan. Ujian air kencing yang anda ambil adalah bergantung kepada tujuan doktor yang menguji air kencing tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.