
Sulit
5 tahun
Penyakit jantung injap
Saya baru lepas menjalani pembedahan penukaran injap jantung 3bulan yg lepas… Sy menggunakan i
njap tisu. Sy tidak ade makan ubat wafarin… Tetapi
Tetapi kini sy hamil baru usia sebulan. Adekah saya
Saya boleh meneruskan kandungan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang kandungan anda. Untuk makluman pihak anda, terdapat banyak maklumat lain, pemeriksaan serta ujian terperinci diperlukan sebelum kesimpulan dapat dilakukan.
Secara amnya, jantung harus berkerja lebih kuat ketika wanita mengandung kerana ianya harus mengalirkan darah untuk ibu serta bayi dalam kandungan. Bagi wanita yang menghidapi masalah jantung walaupun sedang mengambil ubat cair darah boleh mengandung tetapi di bawah pemantauan yang ketat oleh pakar sakit wanita dan pakar perubatan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor serta membuka buku pink untuk ibu mengandung dengan segera.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.