
Sulit
5 tahun
Penyakit kelamin gonorea
Saya lelaki berumur 26 tahun , saya terkena gonorea pada 11/1 , sy telah mendapakan suntikan , dah sekarang sedang abiskan ubat anti biotik , sehingga sekarang , sy masih blum berhenti bernanah dan berair , soalan saya , apakah cara lain dpn membantu mempercepatkan proses pemulihan ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai perkara yang boleh menyumbang kepada proses penyembuhan pesakit. Antaranya:
- tidak melakukan hubungan seksual sewaktu gejala ini berlaku
- makan makanan yang berprotein tinggi, kaya dengan serat
- mengambil ubat antibiotik mengikut yang ditetapkan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.