
Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin wanita hasil drpd hubungan seks
Saya wanita berusia 23 tahun & telah melakukan hubungan seks dgn pasangan sy. Masalah disini adalah kerisauan tentang penyakit kelamin yg boleh terjangkiti dr pasangan sy. Jadi adakah perlu sy buat pemeriksaan kelamin wanita & dimana tmpt terbaik sy boleh buat pemeriksaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jangkitan penyakit kelamin.
Untuk makluman anda, jangkitan penyakit kelamin boleh berlaku sekiranya anda melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan. Gejala penyakit-penyakit ini mungkin terjadi setelah beberapa hari melakukan hubungan. Namun sesetengah penyakit tidak mendatangkan apa-apa gejala selain demam yang biasa.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Melihat kepada gejala semata-mata sebenarnya agak sukar untuk mengetahui keadaan sbenar. Anda dinasihatkan untuk melakukan ujian saringan penyakit kelamin di mana mana klinik kerajaan/swasta yang menawarkan khidmat tersebut. Anda boleh bertanyakan orang sekeliling atau mencari klinik terbaik di laman sesawang. Saya tidak mempunyai sebarang cadangan klinik terbaik untuk anda.
Bagi mengurangkan risiko mendapat penyakit kelamin, anda disarankan untuk melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat seperti:
- Menggunakan kondom
- Tidak bertukar-tukar pasangan
- Mengetahui status penyakit pasangan
- Tidak melakukan aktiviti melibatkan dadah
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.