
haziqhaikal245
5 tahun
Penyakit Keloid pada bahagian dada
Salam Sejahtera…Saya lelaki…berumur 23 thun…Saya mempunyai penyakit keloid pada bahagian dada saya…keloid yang terjadi pada mulanya kecil tpi setelah bertahun mnjdi besar…skrg dh sbsar saiz 4 jari di bahagian dada…apakah yang perlu saya lakukan…sya prnh mdptkn rawatan injection sbulan skli…tpi skrg dh brhnti rwtn…krna rawatan kaedah injection agak sakit bagi saya…Adakah ubat atau ap2 yg boleh mengecilkn keloid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan utama yang benar-benar berkesan adalah suntikan steroid pada parut keloid tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat alternatif lain yang boleh dibincangkan. Antaranya:
- Kryoterapy
- Rawatan laser
- rawatan pembedahan
Namun begitu rawatan ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui rawatan yang bersesuaian dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.