
Sulit
4 tahun
Penyakit kostokondritis disyaki olrh dr kepada saya
Saya berumur 20 tahun, sy sering berasa sakit di dada dan disyaki oleh dr sy alami kostokondritis, boleh dr terangkan dgn jelas apa itu kostokondritis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kostokondritis merupakan radang tulang rawan yang menyambung tulang dada ke tulang rusuk. Ini boleh disebabkan oleh:
- Batuk yang keterlaluan
- Kecederaan pada dada
- Senaman yang terlalu berat
- Athritis
- Jangkitan kuman
Kostokondritis biasanya boleh sembuh dengan sendirinya. namun, anda disarankan untuk berehat dengan banyak dan lakukan senaman meregangkan dada yang ringan. Sekiranya perlu, ubat tahan sakit akan diberi oleh doktor yang merawat anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.