
halimmamat6112
5 tahun
Penyakit Kudis di zakar
Umur saya 58 tahun, zakar saya sering berkudis tetapi dlm 10 hari ia sembuh dgn sendiri tetapi lebih kurang dua bln ia timbul balik begitu la seterusnya dari umur saya 20an sampai sekarang, apakah nama penyakit tersebut dan ubat apa kah yg sesuai utk menghilangkan terus penyakit berkenaan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman encik, bagi membuat kesimpulan tentang penyakit atau keadaan yang encik alami, maklumat lanjut seperti faktor tertentu, kegatalan, atau sebagainya perlu di ketahui. Kami juga perlu melihat gambar kudis tersebut untuk membuat kesimpulan dan rawatan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.