
Sulit
4 tahun
Penyakit kuit and hidung
saya pergi hospital A untuk rawat penyakit bisul pada kulit ketiak, diberi ubat cloxacillin 250mg dan habiskan dalam sebulan. Dua minggu lepas pergi hospital B diberi ubat co-amoxiclav (amoxicillin 500mg, clavulanic acid 125mg). itu doctor ENT cakap hidung dalam bengkak sikit semasa buat scope. apa beza dua ubat ? dah makan banyak antibiotic. perlu makan co-amoxiclav ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Biasanya, prosedur endoskopi boleh membawa kesan sampingan seperti jangkitan. Oleh itu, mungkin doktor ENT anda mengesyaki anda mempunyai jangkitan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.