
Sulit
5 tahun
Penyakit kulit atau alahan
Saya wanita berumur dlm lingkungan 20-an. Sy mengalami kulit gatal2 semenjak sy berumur 12 tahun. Pada mulanya gatal-gatal hanya pada bahagian lengan dan kaki tetapi beransur pulih.sejak beberapa bulan ini mula gatal-gatal di celah kelangkang,ditempat yang telipat dan dikawasan sensitif dan kemuadian sy berjumpa dgn doktor pakar kulit dan mengatakan sy mungkin terkena alahan. Setelah beberapa minggu berjumpa doktor berserta ubat tahan sakit utk tahan drpd rasa gatal(saya tidak dapat mengenal pasti apa alahan yg saya alami) dan gatal2 mula hilang di bahagian tersebut. Tetapi gatal semula bila ditempat yang kering.apa pendapat doktor tentang masalah saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat
- ekzema
- Flexural psoriasis
- alahan pada produk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih