
Anonymous
5 tahun
Penyakit kulit di punggung
di punggung saya terdapat seperti bekas parut atau tanda lahir. tetapi ia tidak berasa sakit atau gatal. kalau boleh saya hantar gambar kan senang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Parut Hipertrofi (kelihatan tebal dari permukaan kulit dan berwarna kemerah-merahan)
- Parut keloid (pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan)
- Tanda lahir jenis vaskular
- Tanda lahir jenis pigmen oleh penumpukan melanosit (zat pewarna alami kulit).
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Anda juga boleh whatsapp ke 0125103569 untuk membeli ubat. Terima kasih.