
Sulit
4 tahun
Penyakit kulit/kurap
hai docs. saya berumur 19 tahun dan mengalami penyakit kulit iaitu kurap. nak tnya boleh tak ubat seperti benzoic acid, zinc oxide dan salicylic acid merawat kurap?. thank you docs.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul
Kami bersimpati dengan masalah kurap yang anda hadapi. Untuk makluman anda,kurap atau nama lainnya ‘ringworm’ merupakan sejenis jangkitan kulat yang berlaku pada kulit manusia. Rawatan kurap dapat diberikan oleh doktor setelah diagnosis penyakit ini disahkan. Kaedah rawatan bergantung kepada luas kawasan yang telah dijangkiti, kurap yang berulang, atau yang tidak sembuh setelah menerima rawatan pertama.
Sekiranya kawasan yang dijangkiti kecil dan terhad pada satu kawasan, maka ubat sapu krim akan diberikan. Contohnya ‘clotrimazole’, ‘miconazole’, ‘terbinafine’, atau ‘amorolfine’. Ubat ini perlu disapu pada kawasan yang dijangkiti selama beberapa kali sehari selama 2 ke 4 minggu bergantung kepada ubat.
Sekiranya kawasan yang terlibat lebih besar, merebak, atau tidak berjaya dirawat dengan ubat krim, maka ubat dalam bentuk pil atau kapsul akan diberikan. Antaranya ialah ‘itraconazole’ dan ‘terbinafine’.
Ubat oral ini perlu diambil dalam jangka masa yang lebih panjang, bermula dari sebulan hingga ke 6 bulan bergantung kepada bahagian badan yang terlibat.
Pastikan nasihat daripada doktor adalah jelas berkenaan kesan sampingan ubatan serta elakkan daripada mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Benzoic acid dan salicylic acid adalah ubat gabungan yang digunakan untuk merawat kerengsaan dan keradangan kulit yang disebabkan oleh luka bakar, gigitan serangga, jangkitan kulat, atau ekzema. Bagi zinc oxide pula merupakan ubat anti kulat tetapi anda disyorkan untuk mendapatkan nasihat doktor selepas pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih