
Anonymous
6 tahun
Penyakit kulit seperti kurap
Hai…saya nak tanya…dan nak tau…apa penyakit yg sya ada ni…dia tak gatal…tp.ade mcm ruam or kurap

6 tahun
Hi. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.
Kurap pada bahagian kemaluan anda biasanya bermula pada bahagian dalam paha sebelum merebak ke kawasan alat kelamin dan punggung. Selain daripada kurap, terdapat juga penyakit lain yang perlu diambil kira yang mempunyai sifat hampir sama dengan kurap. Antaranya dalah psoriasis, erythrasma, dermatitis dan jangkitan kandidiasis.
Untuk merawat jangkitan kurap ini, terdapat cara konservatif dan cara menggunakan ubat-ubatan. Seharusnya kedua-dua jenis cara ini dilakukan dengan serentak agar jangkitan kurap tersebut boleh dibasmi dengan berkesan.
Bagi cara konservatif, anda digalakkan untuk memakai pakaian dalam dan seluar yang tidak ketat. Hal ini kerana pakaian yang longgar boleh mengurangkan tahap kelembapan kulit pada bahagian kemaluan. Selain itu, selepas mandi, pastikan kawasan tersebut dikeringkan dengan sepenuhnya sebelum pakaian dikenakakan pada tubuh badan. Anda juga tidak disarankan untuk berkongsi pakaian dengan orang lain.
Untuk cara yang menggunakan ubat-ubatan pula, ubat-ubat anti-fungal seperti azole, allylamines, butenafine dan ciclopirox boleh didapati di klinik atau farmasi dengan mudah. Ubat ini diberi dalam bentuk krim sapuan dan kebiasaanya ia sungguh berkesan. Dalam pada masa yang sama, anda juga dinasihatkan untuk merawat kurap di bahagian badan yang lain seperti kuku, kawasan jari dan kaki sekiranya ada. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.