
Sulit
3 tahun
Penyakit kulit yang berjangkit di sekitar kemaluan
Hai, saya seorang remaja sihat tetapi saya mempunyai masalah kulit di sekitar kemaluan saya. Kulit merekah dan apabila mandi ia akan menyebabkan kemerah-merahan. Saya dapati ianya telah berjangkit sekitar lubang hidung saya. Saya ingin ke hospital tetapi disebabkan kes Covid yang tinggi saya batalkan hasrat tersebut sebaliknya saya ingin membeli ubat sabun yang dijual online sahaja. Boleh Dr. terangkan permasalahan yang saya hadapi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah penyakit kulit di sekitar kemaluan iaitu kulit merekah dan kemerah-merahan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.