
Sulit
5 tahun
Penyakit kulit yang sering terjadi dalam kalangan remaja berumur 20 an
Saya perempuan berumur 20 tahun. Saya nak tanya muka saya naik tompok putih dan saya dah jumpa doktor. Lepas tu doktor cakap saya ada panau dan saya dah sapu pun ubat panau. After few months sy banyak involve dengan aktiviti outdoor then saya pergi jumpa doktor sebab muka saya burn, pedih dan gatal-gatal doktor bagi saya vitamin c, rhinitin tablet dengan ubat sapu untuk sejukkan muka .Untuk pengetahuan doktor saya bukan atlet…lepas beberapa lama saya guna cream tu, kening saya jadi gatal gatal(maybe sb cream maybe not) doktor cakap ada kulat dekat kening tu jadi doktor bagi saya krim lain. Ada doktor yang saya jumpa tu cakap saya alergic peluh saya nak tanya adakah saya ni menghidap penyakit urticaria? sebab banyak berpeluh dekat muka, muka jadi merah dan gatal gatal tapi saya tak bersenam bawah matahari pun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bintik putih seperti itu sebenarnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Panau iaitu jangkitan kulat
- Urticaria / allergy yang mana dalam kes anda alahan terhadap kenaikan tubuh badan samaada akibat terdedah kepada panas atau matahari
- Ptyriasis alba
- Akibat alahan terhadap makanan
Sebetulnya, memandangkan anda telah didiagnosis oleh doktor sebagai mempunyai panau, pemakaian ubat sahaja sahaja tidak mencukupi. Dalam menangani masalah kesihatan terkait panau, anda adalah dinasihatkan untuk juga melakukan hal-hal seperti berikut agar kondisi kulit dalam melawan jangkitan dapat optimum:
- Rutin memakai pelembap muka
- Mengamalkan pemakaian sunblock atau sunscreen
- Pastikan ruangan dan bilik mendapat ventilasi dan suhu yang dingin
- Pilih mandian air sejuk dan dingin
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kulit anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.