
Sulit
5 tahun
Penyakit kurap kulit
Saya wanita berusia 26 tahun.saya ada masalah kurap dicelah kakang dan punggung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Sekiranya anda benar-benar menghidapi penyakit kurap, anda perlu mendapatkan rawatan selanjutnya.
Bagi mengelakkan kurap berulang sekali lagi, anda dinasihatkan;
- anggota badan kering
- tidak memakai pakaian ketat
- tidak berkongsi tuala atau pakaian dalam
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.