
zbahmad109
5 tahun
Penyakit PURPURA HENOCH-SCHONLEIN ( HSP )
saya mempunyai masalah seperti penyakit HSP dan kali pertama saya dapat penyakit ini kira-kira 20 tahun yg lalu dan sekarang ini berulang lagi. Adakah penyakit ini boleh berulang lagi dan sekarang juga saya mempunyai CKD stage 3 tapi tak tahu sebab penyakit ini atau pun penyakit lain sebab saya juga ada darah tinggi dan kencing manis . Adakah rawatan khusus untuk penyakit ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, penyakit henloch schonlein purpura adalah penyakit keradanganyang terjadi kepada saluran dah, sendi, buah pinggang dan sebagainya.
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar kondisi sebenar dan gambaran penyakit dapat disampaikan sehingga diagnosis yang tepat dapat diberikan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.