
sitisalwasalwa93
5 tahun
Penyakit skizofernia
saya didiagnose doktor menghidap penyakit skizo, saya sedang berusaha untuk cara jalan penyelesaian untuk masalah ni .dan saya ada anxiety dan murung . anxiety saya tak dapat dikawal dan saya cuba motivasikan diri saya bila rasa anxiety
.
apa cara untuk merawat masalah saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, skizofrenia, anxiety dan murung sering dapat datang bersamaan. Sebaiknya anda berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang terbaik dan sesuai dengan anda.
Secara umum, rawatan untuk skizofrenia, murung dan anxiety terdiri atas pengubatan dan juga terapi. Tergantung kepada ubat yang diterima samaada Clozapine atau Risperidone, ubat untuk murung dan anxiety juga dapat diberikan oleh doktor anda. Ubat-ubatan psikiatri harus diambil rutin sesuai dosis dan waktu yang dicadangkan untuk mendapatkan efektivitas yang baik. Selain itu, hadirilah sesi terapi dan kaunseling bersama doktor untuk membantu anda mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat dari penyakit ini.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya mengenai masalah ini, anda amat disarankan untuk merujuk persoalan ini kepada doktor kami. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.