
Sulit
3 tahun
Penyakit STD chlymidia
hello doktor,sya nak bertanya sekiranya perempuan tertular pada jangkitan STD, hanya chlymidia, adaka perempuan itu akan menghidap apa apa kanser sekiranya ada ketumbuhan fibroid dan cyst… dan llki yang ada HIV bole membawa kanser pada perempuan ka walapun permpuan tdk ada HIV.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, jangkitana chlamydia adalah sesuatu jenis penyakit kelamin. Penyakit ini biasanya tidak mempunyai simptom, tetapi ada kalanya anda boleh mendapat gejala seperti :
- Kesakitan semasa membuang air kecil
- Keluaran cecair daripada faraj
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Pendarahan di luar waktu haid
Penyakit kelamin yang boleh menyebabkan kanser adalah jangkitan HPV. Jangkitan HPV ini boleh menyebabkan kanser serviks sekiranya ia tidak dirawat. Fibroid dan cyst adalah masalah kesihatan lain dan tidak dikaitkan dengan kanser.
Bagi menjawab soalan berkaitan HIV, penghidap HIV boleh mendapatkan kanser kerana tahap ketahanan sistem imuniti yang rendah, namun mereka tidak boleh menyebarkan kanser kerana kanser bukanlah sesuatu penyakit berjangkit.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.