
nourafika29
6 tahun
Penyakit Tibi Terhadap Wanita Hamil
Salam sejahtera. Sy ada 1 soalan mengenai penyakit tibi. Sy mendapati sy telah menerima suntikan BCG kerana terdapat parut pada lengan kiri saya. Soalan sy, adakah sy berpotensi utk dijangkiti tibi kerana sy terima berita anak murid yg sy ajar positive tibi. Menambahkan lg kerunsingan sy kerana sy pregnant 5 bulan. Murid tersebut hanya dtg seminggu shja utk peperiksaan awl april lalu. 2 bulan sblm ini dia tidak hadir ke sekolah. Literally, sy hnya mengajar dia pada bulan 1 dan bertemu semula ketika ujian yg lalu.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, seseorang yang sudah menerima suntikan BCG mempunyai peluang yang kurang untuk dijangkiti TB. Walaubagaimanapun, peluang untuk dijangkiti TB bertambah jika seseorang tersebut mempunyai sistem imun yang lemah dan terdedah kepada pesakit TB. Antara simptom TB adalah demam yang lebih teruk waktu malam, demam menggigil dan berpeluh-peluh, batuk berkahak serta keturunan berat badan. Jika anda mempunyai apa apa simptom tersebut, disarankan untuk berjumpa doktor dengan segera.
Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih