
Sulit
4 tahun
Penyebab kahak berdarah
Sy merupakan brkas pesakit tibi dan telah selesai mjalani rwtn pd hjg thn lepas. Akhir2 ini, apabila sy mlidah, sy dapati ada drh segar. Apa pybb situasi ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai pengeluaran darah ketika meludah. Mungkin gejala ludah berdarah ini boleh berkait dengan sejarah TB yang anda pernah hadapi sebelum ini.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh TB anda yang belum sembuh sepenuhnya. Namun, darah ini boleh juga bermaksud yang berikut:
- Pendarahan pada tekak disebabkan jangkitan kuman seperti TB
- Pengambilan ubat anti-coagulant
- Kecederaan pada mulut atau tekak
- Masalah paru-paru seperti salur darah paru-paru tersumbat, ataupun paru-paru berair.
- Masalah jantung seperti Mitral Stenosis
- Penyakit pendarahan (mudah lebam)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai mengenai anda. Sila pantau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti batuk, sesak nafas, demam ataupun sakit dada.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.