Sulit
6 tahun
Penyebab Vagina sempit
Apakah penyebab vagina sempit, tetapi ianya tidak menyakitkan saat melakukan hubungan seksual bersama suami, adakah ianya suatu kelainan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terma perubatan yang digunakan untuk masalah yang anda nyatakan ialah vaginismus. Membawa maksud keaadan dinding faraj yang mengalami ketengangan atau kontraksi. Keadaan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berlaku kepada wanita yang pertama kali melakukan hubungan kelamin.
- Boleh berlaku akibat dripada jangkitan kuman, trauma ataupun surgery pada bahagian kemaluan
- Masalah perhubungan rumah tangga ataupun stress
Rawatan merangkumi intervensi secara fizikal dan juga emosi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.





































