
Sulit
4 tahun
Penyebabnya ialah sebab ulu hati?
saya 22 tahun . kenapa ya bila saya tarik nafas , bahagian tengah terasa ngilu (antara jantung dengan perut) tak silap saya . sangat sakit bila nak tarik nafas . kenapa ya doktor ? dah 4 hari macam ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Hidung sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Sukar bernafas ataupun sakit ketika menarik nafas boleh berpunca dari banyak perkara antaranya:
- saluran nafas yang tersumbat
- penyakit organ paru-paru (asma, bronkitis, dll)
- gangguan organ jantung
- gangguan cemas
atau ia juga boleh disebabkan oleh
- kekurangan gula dan air dalam tubuh
- tabiat pemakanan yang kurang berkhasiat
- kekurangan zat besi dalam badan
- beban kerja yang melebihi kemampuan tubuh
- atau kelainan yang memerlukan rawatan doktor
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pulmonologist kami sedia membantu.
Justeru bagi menghilangkan masalah tersebut, saya sarankan anda mengetahui terlebih dahulu kondisi tubuh dan kesihatan yang sebenar, agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan. Untuk itu, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.