Sulit
5 tahun
Penyukat suhu badan
Suhu badan saya diambil ditelinga sewaktu mndptkan rawatan di sebuah klinik.adakah boleh mendapat risiko’jangkitan covid 19 disebabkn mungkin ramai yg telah menggunakn alat tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Untuk makluman pihak anda coronavirus berjangkit melalui cecair dari saluran pernafasan. Maka kemungkinan untuk ia berjangkit menggunakan alat yang diletakkan di telinga adalah tipis.
Selain itu, saya pasti alat tersebut dibersihkan dahulu selepas digunakkan pada pesakit sebelum anda. Maka, anda tidak perlu terlalu risau mengenai hal ini.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































