Sulit
6 tahun
Perancang dan penyusuan
Saya berumur 40 tahun dan mempunyai 5 anak…hari ni saya bersama suami tanpa sebarang perancang dan takut hamil lg krn anak dah 5 dan saya ada sakit urat saraf scatia…adakah boleh saya ambil pil perancang postinor krn saya masih breast feeding anak saya 6 bln
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan Postinor 2 semasa menyusukan anak adalah tidak digalakkan kerana kandungan pil tersebut boleh memasuki susu. Sekiranya anda mahukan pencegahan kehamilan kecemasan, anda boleh juga berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan alat IUD namun ianya perlu dilakukan dalam tempoh yang cepat selepas persetubuhan lalu. Jika anda tidak disahkan hamil, anda perlu merancang kehamilan dengan mengambil kaedah perancangan yang selamat dan efektif. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian berkenaan penggunaan kaedah perancangan keluarga yang selamat. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































