
julaihaoyok2018
5 tahun
Perancang dan suppliment
Saya wanita berusia 28 tahun dan mempunya seorang bayi yang berumur 7 bulan(di lahirkan secara ceaserian). Sekarang saya mengambil perancang suntikan 3 bulan sekali kesan dari suntikan tersebut saya dapati faraj kering dan tidak selesa terutama bila bersama suami. Soalan saya bolehkah saya mengambil suppliment untuk stabilkan hormon dan merawat masalah kekeringan tanpa menganggu fungsi perancang saya sebab saya perlu jarakkan kehamilan? ada yang cadangkan saya mengambil product shaklee (Alfalfa Comolex dan Gla Complex).
7
Harap doktor dapat membantu saya.
Terima Kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, suntikan perancang tersebut sudahpun mengandungi hormon. Justeru mengambil pil hormon lagi malah akan menambahkan hormon dalam badan anda.
Apabila gejala atau efek sampingan seperti faraj kering ini terjadi, ini bermaksud bahawa suntikan perancang tersebut tidak sesuai untuk anda. Maka, pilihan yang boleh anda lakukan untuk masih mempertahanaan kontrasepsi adalah seperti berikut:
- bertukar kepada pil perancang kehamilan yang sesuai (seperti yang berbasis progestrone)
- bertukar kepada penggunaan intrauterine device (IUD)
- menggunakan kondom
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian ataupun klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bertanyakan tentang ubat-ubatan kepada ahli farmasi kami. Terima kasih.