
Anonymous
5 tahun
Perancang keluarg Suntikan
Saya berusia 29tahun dam baru lepas melahirkan anak april yang lalu…saya bercadang untuk merancang keluarga melalui kaedah suntikan 3 bulan sekali, tetapi saya ada terbaca kesannya amat merisaukan…ada yang mencadangkan kaedah suntikan sebulan sekali kerana suntikan sebulan sekali tidak membawa apa2 kesan tak diingini seperti ganguan haid atau naik berat badan…apa pendapat dr?..apakah nama suntikan ini?..sekian terima kasih…

5 tahun
Hai. Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Suntikan perancang keluarga mengandungi hormon analog yang mempunyai sifat yang sama dengan progestron. Suntikan ini akan diberi setiap 3 bulan dan mempunyai peratusan pencegahan kehamilan yang tinggi, lebih dari 99%. Dengan itu, para wanita yang memilih untuk mengambil suntikan yang turut dinamakan Depo-provera ini tidak perlu untuk mengambil pil setiap hari, dimana ianya agak melecehkan.
Antara kesan sampingan pengambilan suntikan Depo-provera ini adalah pendarahan yang berlaku di antara tempoh ‘period’, haid yang datang dengan tidak teratur dan haid yang lebih berpanjangan dari biasa. Perkara ini biasa berlaku terutamanya dalam tempoh selepas suntikan pertama atau kedua. Jika ini tidak berlaku kepada anda, ia masih normal.
Untuk mengetahui informasi yang lebih lanjut tentang suntikan pencegah kehamilan, anda disarankan untuk berkonsultasi dengan doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih