
Sulit
5 tahun
Perancang Keluarga Berhenti
Saya wanita berusia 24 tahun dan ada mengambil perancang keluarga cucuk 3 bulan sekali. Tapi saya baru sahaja cucuk sekali pada bulan 4 lepas. Dan tarikh seterusnya pada 27/8 ini, saya ingin bertanya jika saya tidak mahu meneruskan lagi boleh ke ya? Ataupun saya perlu ambil kerana saya sudah cucuk sekali dahulu?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Keputusan untuk berhenti mengambil suntikan perancang keluarga adalah terletak pada anda. Sekiranya anda tidak mahu hamil, anda boleh berhenti ambil suntikan dan beralih kepada kaedah perancangan keluarga yang lain. Sekiranya anda mahu hamil, pemberhentian pengambilan suntikan perancang adalah diperlukan bagi memastikan badan anda bersedia untuk kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai soalan sulit atau tambahan anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.