
Sulit
3 tahun
Perancang keluarga depo mahu tukar iucd
doc, sy skrg ambil perancang depo . selepas hmpir sthun sy mgalami sakit2 bdn &lutut serta bdn naik mendadak . soalan sy, boleh ke sy nk tukar ambil iucd dan bgaimana kaedah nya adakah dtg ke klinik pada hari haid .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin mendapatkan nasihat dalam penukaran kaedah perancangan keluarga. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami adalah kesan sampingan biasa bagi penggunaan perancangan keluarga depo-provera. Namun, kaedah ini tidak digalakkan untuk digunakan melebihi 2 tahun. Bagi penggunaan perancangan keluarga yang lama, IUCD sememangnya lebih sesuai.
Sebelum mendapatkan kaedah IUCD, anda perlu berbincang dan bersetuju bersama pasangan anda kerana ia adalah mahal dan sekurang-kurangnya perlu digunakan selama 5 tahun. Khidmat ini boleh didapatkan jika anda berbincang dengan doktor di mana-mana klinik. Pemasangan IUCD selalunya dilakukan semasa tiada kitaran haid atau pendarahan.
Bagi maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan doktor atau pakar perancangan keluarga kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.