
Sulit
4 tahun
Perancang keluarga implanon
Saya berumur 37, sekarang memakai perancang keluarga jenis implan…sekarang sudah masuk 2 tahun pakai dan skrg mengalami masalah lesu, sakit badan, sakit belakang dan kadang kala seperti sakit tulang rusuk kadang kala berbunyi krek ketika menarik nafas dalam2…adakah ia normal, perlukan saya mengeluarkan implan tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang implanon.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar untuk saya mengatakan ia adalah kesan sampingan implanon kerana kebiasaannya implanon memberi kesan sampingan seperti di bawah:
- Loya
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit di bahagian payudara
- Pertumbuhan jerawat
- Rambut gugur
- Berat badan meningkat
- Gangguan kitaran haid
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut kondisi anda. Persoalan lanjut masih diperlukan bagi memberi diagnosis yang tepat. Anda juga boleh berbincang dengan Doktor yang memasang implanon ini tentang kesan sampingan implanon.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.