
Sulit
4 tahun
Perancang keluarga injection ke pil Yasmin
Doktor …saya baru bertukar dari injection depo ke pil Yasmine…sabtu last pil…so harini selasa masih belum period…incase smpai 7 Hari belum period…perlu ke makan pack baru?..Masa ambil depo dulu period selalu x dtg…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, pil tersebut mempunyai 21 pil yang anda harus ambil pada setiap hari. Kemudian selepas tamat, anda harus berhenti selama 7 hari. Hari ke 8 jika anda datang haid atau tidak anda harus mengambil pil pada pek seterusnya jika anda ingin merancang kehamilan. Sila rujuk pada manual yang terdapat dalam kotak pil tersebut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.