
Sulit
4 tahun
Perancang keluarga tapi mengandung
Saya wanita berumur 31 tahun, baru bersalin september 2020, saya telah mengambil perancang keluarga jenis suntikan 3 bulan, untuk mengambil suntikan kali ke2 selepas 3 bulan, DR mengambil urin dan upt saya positif, saya masih blm bersedia utk mengandung memandangkan anak saya masih kecil, 4hr sebelum saya berjumpe Dr. Sy telah test upt sendiri dan result saya negetif, dan selepas berjumpe dr hr berkenaan juga saya juga melakukan beberapa ujian upt sendiri dalam 2hr dan hasilnye negatif… Dr juga ada buat scan… Tp rahim masih xnmpk pape… Adakah saya mengandung… Bila patut saya buat test lg…

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul. Kecelaruan mengenai keputusan ujian kehamilan boleh disebabkan:
- Alat ujian rosak
- Hormon terlalu rendah
- Cara penggunaan salah
Saya juga menasihatkan anda untuk memberitahu hal ini kepada doktor yang merawat anda. Biasanya ujian darah dan ultrasound adalah lebih tepat berbanding UPT.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.