
Sulit
5 tahun
Perancang keluarga yang sesuai untuk ibu menyusu badan
Saya baru melahirkan anak pertengahan Ogos yang lalu. Sehingga kini saya belum mengambil apa apa penecegahan kehamilan kerana masih belum bersama lagi. Persoalan sekarang bila yang saya perlu ambil pil perancang ? Period saya juga masih tidak datang lagi sehingga hari ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat beberapa kaedah perancangan keluarga yang anda boleh ambil seperti pil berasaskan progesteron, suntikan progesteron, implantasi IUCD dalam rahim dan kaedah kondom. Untuk mengetahui kaedah yang bersesuaian, sejarah kesihatan anda dan pilihan anda perlu diketahui dan adalah baik untuk membuat konsultasi lanjut bersama doktor. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.