
Sulit
4 tahun
Perancang Oralcon Naik Badan Atau Tidak .Mencari perancang naik badan
Adakah badan saya akn naik dgn perancang ini ?Sarankn perancang untuk naikkn bdn

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Oralcon merupakan pil perancangan keluarga bagi kaum wanita, jadi ia bukanlah rawatan untuk menaikkan berat badan. Cuma ada kala, bagi sesetangah wanita, apabila memakannya mendapat efek sampingan ubat seperti peningkatan berat badan dan lain-lain.
Ingin bantuan bagi menambahkan berat badan? Supplemen boleh membantu.
Untuk meningkatkan berat badan, anda disarankan untuk,
- menjalani kehidupan yang sihat (bersenam, bersukan, dll.)
- memakan produk yang sihat dan berkhasiat
- tidak melangkah waktu makan (baca: skip meals)
- makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap
- menambahkan kesuluruhan kuantiti pemakanan melebihi kebiasaannya
- mengambil makanan yang tinggi kadar kalori
- mengambil suplemen tambahan (meningkatkan selera makan)
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.