
fayhrus
5 tahun
Perasaan berdebar secara tiba2
2 hr lepas tiba2 rasa berdebar dukar tidur dan kerap kencing. Hari ini rasa bedebar da berkurangan tapi rasa macam badan berangin. Bacaan nadi sekarang 75(smartwatch), malam tadi semasa tidur bacaan paling rendah adalah 45

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, berdebar akibat jantung yang laju ialah apabila bacaan degupan jantung 100 keatas. Bacaan 60 hingga 100 ialah normal. Rendah daripada itu ialah degupan jantung yang perlahan.
Kadangkala, perasaan berdebar mungkin disebabkan anda lebih sensitif kepada sensasi sekeliling dan apabila anda duduk diam tanpa melakukan apa-apa aktiviti, anda lebih peka kepada degupan jantung anda.
Jika degupan jantung anda melebihi 100, masalah yang anda alami boleh disebabkan:
- Anemia (kurang sel darah merah)
- Masalah ritma jantung atau struktur jantung
- Penyakit keresahan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit Cushing (lebihan steroid badan)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.