
Sulit
3 tahun
Perasaan yang susah saya atasi
Saya berumur 13 tahun , saya selalu berasa risau , tak tenang , takut jika fikir tentang sekolah dan perasaan itu muncul tanpa sebab . Sebelum tidur saya akan berasa resah , takut , risau . Saya juga tidak ingin keluar rumah , pergi ke sekolah dan sebagainya sebab saya malu . Cikgu juga pernah suruh saya menjawab soalan di google meet tapi saya diam sebab saya malu dan takut .saya juga akan gugup bila berdepan dgn org dan jika cikgu suruh buat presentation Saya akan elak dgn bagi alasan . Saya akan tenang , happy bila belajar di rumah sebab saya berseorangan dan tidak perlu berjumpa dengan sesiapa . Adakah saya menghidap social anxiety disorder ?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, malu patologikal adalah satu masalah psikologi berkait rapat dengan masalah Social Anxiety Disorder (SAD) atau dalam bahasa mudah dipanggil sebagai Gangguan Kebimbangan Sosial. SAD juga dikenali dengan nama fobia sosial atau social phobia.
Individu yang menghadapi masalah ini mudah berasa takut berdepan dengan orang sekeliling. Mereka rasa seperti melakukan perkara memalukan di hadapan orang lain dan secara spontan muka akan berubah merah.
Penghidap penyakit ini akan berasa segan dan nervous untuk berinteraksi kerana risau orang lain mempunyai tanggapan buruk terhadap mereka. Penyakit ini boleh menjadi kronik jika tidak dirawat melalui kaunseling dan terapi yang berkenaan.
Antara simptom penyakit ini termasuklah rasa takut berterusan di khalayak ramai lebih enam bulan serta rasa bimbang yang melampau hingga mengganggu hidupan seharian individu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri