
Sulit
3 tahun
Perbezaan CT Value kepada pesakit
Rakan saya kena Covid positive dengan CT value 18,19.Jadi dia yang orang pertama buat PCR test.Selepas itu kawan rapat dia menjalankan PCR test CT value hanya 28,27 sahaja. Mengapa Orang Pertama dapat CT value rendah manakala orang kedua dapat CT value tinggi? Bolehkah kita dapat pastikan siapa yang orang pertama kena Covid dengan bacaan CT value?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, Cycle Threshold (CT) value ataupun “nilai kitaran ambang” adalah bilangan kitaran yg diperlukan untuk penumpuan fluorescent memberikan isyarat untuk melintasi paras Nilai ambang atau “threshold Level” dan dikesan sebagai positif. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang lebih 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah, maka kita dapat rumusan;
- Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
- Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
- Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
- Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
5 Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna; - Jangkitan berada di peringkat akhir
- Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
- Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
- Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
- Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
- Pengesanan saki baki virus sahaja.
- Juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR Ct value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.
Kembali kepada soalan anda, kita tidak dapat mengenal pasti orang yang pertama yang akan mendapat COVID-19 dengan bacaan CT value sahaja.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini