
Sulit
4 tahun
Perbezaan Haid atau hamil
Kami suami isteri lakukan hubungan dan pancut dalam,kemudian segera ambil postinor
Bulan seterusnya isteri saya datang haid,jikalau isteri saya tidak datang haid pada bulan berikutnya, adakah isteri saya hamil atau lambat datang haid?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang isteri anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang isteri anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas dan kurang lengkap. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Walaupunbegitu, dia kemungkinan tidak hamil kerana telah datang haid pada bulan sebelumnya.
Untuk makluman anda, berikut adalah 20 tanda-tanda awal kehamilan untuk anda rujuk dan kenalpasti simptom yang terdapat pada anda:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Mengidam pelbagai jenis makanan
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit kepala
- Sakit belakang
- Pening
- Kerap membuang air kencing
- Bengkak pada kaki (edema)
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana
Sekiranya anda ragu-ragu dengan status kehamilan anda, sebaiknya melakukan pemeriksaan
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang isteri anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih