
Sulit
2 tahun
Perbezaan pil steriod asthmadengan pil steriod penyakit yang lain dan cara penurunan badan
apa perbezaan antara pil steriod asthma dengan pil steriod penyakit yang lain? bagaiamana cara untuk menurunkan berat badan setelah pesakit mengambil pil steriod asthma dan berhenti mengambilnya? ini kerana berat badannya naik mendadak walaupun telah cuba mengawal pemakanan…harap boleh membantu…trm ksh

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, pil steroid asma dan pil steroid untuk penyakit lain adalah berbeza mengikut jenis kekuatan steroid serta dos yang diberikan. Secara amnya, dos dan kekuatan yang diberikan adalah rendah sedikit dari pil steroid untuk penyakit kronik yang lain. Bagi membantu penurunan berat badan akibat penggunaan ubat steroid, selain pemakanan, senaman yang bersesuaian dan efektif juga adalah penting bagi meningkatkan metabolisme badan bagi tujuan pembakaran lemak. Hal ini kerana steroid menyebabkan lemak terkumpul dan cara yang efektif bagi membakar lemak terkumpul adalah dengan senaman.
Sekiranya anda masih mempunyai masalah berat badan setelah mencuba senaman dan kawalan pemakanan, maka anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.